PM Anwar ucap selamat Hari Ibu

PM Anwar ucap selamat Hari Ibu

KUALA LUMPUR,. Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan Selamat Hari Ibu kepada semua ibu, termasuk buat arwah ibu beliau sendiri Allahyarham Che Yan Hamid Hussein, dan juga isterinya Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Menurut catatan di Facebook hari ini, Anwar menyifatkan tiada ayat yang mampu diungkapkan tatkala mengenang jasa dan pengorbanan ibu dalam mendidik dan membesarkan anak-anaknya.

“Dalam setiap pencapaian, atau detik kecemerlangan yang kita kecapi, ada peranan ibu di sebaliknya, ” kata perdana menteri.

Bagi mereka yang telah kehilangan ibu, Anwar berharap agar golongan ibu yang telah meninggal dunia agar bertemu damai di sana.
“Kepada mereka yang masih punyai ibu, semoga terus dalam kasihnya,” katanya.

Hari Ibu disambut di seluruh dunia pada Ahad kedua bulan Mei setiap tahun.

— BERNAMA

CATEGORIES
TAGS
Share This