PM Pakistan jadi orang tengah antara AS, Iran

PM Pakistan jadi orang tengah antara AS, Iran

NEW YORK,. Perdana Menteri Pakistan Imran Khan bersedia menjadi orang tengah bagi membantu meredakan ketegangan di Teluk, atas permintaan Presiden Donald Trump dan Putera Mahkota Saudi Mohammad bin Salman, lapor agensi berita Xinhua.

“Dalam satu pertemuan dengan Trump di New York pada Isnin, Presiden Amerika Syarikat itu meminta bantuannya memandangkan beliau akan bertemu dengan Presiden Iran Hassan Rouhani,” katanya kepada pemberita pada Selasa di ibu pejabat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Sebelum bertemu dengan Trump, Khan berada di Arab Saudi dan bertemu dengan Putera Mahkota Arab Saudi, yang turut meminta beliau bercakap mengenai isu itu dengan Rouhani.

“Saya segera bercakap mengenai perkara itu dengan Presiden Rouhani semalam, selepas pertemuan dengan Presiden Trump, tetapi buat masa ini saya tidak boleh memberikan sebarang komen mengenainya, kita cuba untuk menjadi perantara,” katanya.

“Saya berharap tidak akan ada timbul konflik, saya tidak percaya ia mampu menyelesaikan apa-apa pun masalah,” tambah beliau.

— BERNAMA

CATEGORIES
TAGS
Share This