PM Singapura ucap Selamat Hari Raya kepada pemimpin Malaysia, Brunei, Indonesia

PM Singapura ucap Selamat Hari Raya kepada pemimpin Malaysia, Brunei, Indonesia

SINGAPURA,. Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong hari ini mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada pemimpin negara jiran republik itu termasuk Malaysia, menurut Pejabat Perdana Menteri.

Lee menyampaikan ucapan itu menerusi panggilan telefon kepada rakan sejawat daripada Malaysia Tan Sri Muhyiddin Yassin; Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar; Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah; dan Presiden Indonesia Joko Widodo.

Dalam kenyataan, Pejabat Perdana Menteri berkata Lee mengulangi betapa pentingnya persahabatan beliau dengan pemimpin berkenaan, dan menyokong penuh kerjasama erat yang terjalin antara negara berjiran berkenaan dan rakyatnya.

Beliau juga mahu bekerjasama dengan mereka untuk memastikan kesihatan dan kesejahteraan penduduk dalam tempoh pandemik COVID-19, dan meneruskan serta memperluas bidang kerjasama sehingga wabak COVID-19 berjaya dikawal, katanya.

— BERNAMA

CATEGORIES
TAGS
Share This