Polis India Pakai Topi Berbentuk Coronavirus Untuk Beri Kesedaran

CHENNAI,. Seorang pegawai polis di India telah menemui cara yang kreatif untuk meminta orang ramai agar tidak keluar rumah sepanjang tempoh lockdown di negara itu.

Rajesh Babu, seorang anggota polis di Chennai, memakai helmet atau topi keledar berbentuk seakan imej mikroskopik virus COVID-19 yang dibuat khas sewaktu menjalankan operasi sekatan jalan raya.

Babu akan menghentikan kenderaan atau motosikal, terutama apabila dia melihat mereka tidak memakai topeng muka.

Dia akan memaklumkan kepada mereka tentang perlunya penjarakan sosial dan peralatan pelindungan, dan menggesa mereka untuk tidak keluar jika tiada urusan penting.

“Jika anda keluar, saya akan masuk,” katanya kepada orang awam.

Seorang artis, B. Gowtham, merupakan orang yang bertanggungjawab mereka bentuk topi keledar itu selepas mendapati kurangnya kesedaran orang ramai berhubung virus yang kini sudah menjadi satu pandemik itu.

“Orang ramai tidak jaga kebersihan. Kerajaan perintahkan agar tidak keluar rumah tetapi masih ramai yang berkeliaran di sana sini tanpa peralatan keselamatan yang betul, tanpa topeng muka,” kata Gowtham seperti dilapor CNN.

Gowtham berpendapat orang ramai tidak mengambil serius penyakit itu kerana ia tidak dapat dilihat. Jadi dia memutuskan untuk membuat sesuatu yang membolehkan mereka dapat ‘melihat’ virus itu.

Kongsikan:

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )