
Polis Rampas Minuman Keras Bernilai RM1,135, 750 Di Beaufort
BEAUFORT,. Polis berjaya merampas sejumlah minuman keras pelbagai jenama yang disembunyikan di dalam dua lori 10 tan dalam satu operasi serbuan di sini.
Menurut maklumat diperolehi, kedua-dua lori terbabit membawa minuman keras dipercayai tidak bercukai di Menumbok malam tadi.
Jumlah rampasan dianggarkan bernilai RM1,135,750 termasuk dua lori 10 tan bernilai RM500, 000 serta RM635, 750 minuman keras pelbagai jenama dengan nilai tidak termasuk cukai kastam.
Difahamkan Timbalan Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Mazli Mazlan dan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Sabah Datuk Jauteh Dikun akan membuat sidang media berkaitan kes ini.
“Sehubungan itu, polis akan sentiasa menjalankan operasi mencegah sebarang jenayah penyeludupan meskipun kita juga sedang bekerja keras untuk memutuskan rangkaian wabak Covid-19 ini,” katanya.