Portal MYEG permudah usaha pekerja jalani ujian COVID-19

KUALA LUMPUR,. Portal sehenti COVID-19 MY E.G. Services Bhd menyediakan kemudahan untuk majikan di kawasan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) untuk membuat urusan ujian saringan bersubsidi untuk pekerja masing-masing.

Perkhidmatan itu yang dilancarkan pada Mei lepas, juga menjadi saluran alternatif untuk syarikat yang mahu memperkemas proses pendaftaran dan melakukan ujian berkenaan bagi pekerja warganegara tempatan dan asing mereka.

“Malah, menerusi portal itu juga, majikan dapat mengesahkan kelayakan pekerja dari segi perlindungan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) dan meneruskan urusan bagi pekerja layak menjalani saringan itu tanpa sebarang bayaran. Ini kerana MYEG akan berhubung terus dengan PERKESO mengenai subsidi kos terbabit.

“PERKESO juga akan menanggung kos ujian itu bagi pekerja layak yang juga pencarum pertubuhan itu,” katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Maklumat lanjut mengenai boleh diperolehi di laman sesawang MYEG iaitu http://www.myeg.com.my.

— BERNAMA

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )