Potong Telinga Isteri Tak Masak

Potong Telinga Isteri Tak Masak

Sulawesi,. Seorang suami hilang pertimbangan dengan memotong sebahagian telinga isterinya kerana gagal menyediakan makanan, Isnin lalu.

Kejadian di Desa Bukit Sutra itu dilakukan Hasdi, 43, terhadap isterinya yang berusia 39 tahun itu.

Kompas.com melaporkan suspek dipercayai menoreh telinga isterinya selepas berang melihat tiada makanan disediakan di rumah pasangan itu.

Ketika disoal siasat, Boco mengakui bertindak sedemikian untuk memberi pengajaran kepada isterinya.

Hasdi memaklumkan kepada polis dia hilang pertimbangan selepas mengetahui isterinya pergi ke rumah jiran tanpa menyiapkan makanan untuknya.

“Saya berikan dia peringatan agar tidak melakukan perbuatan sama selepas ini, namun paha saya ditendang.

“Saya menarik telinga isteri sebelum mencederakannya,” kata Hasdi ketika disoal siasat.

Ketua Polis Larompong, Iptu Syarif Sikati berkata, suspek ditahan ketika bersembunyi dalam sebuah rumah di Dusun Salobunga.- Agensi

CATEGORIES
TAGS
Share This