Pra-tempahan HONOR Magic4 Pro mendapat sambutan hangat! Habis dijual di saluran rasmi!

Pra-tempahan HONOR Magic4 Pro mendapat sambutan hangat! Habis dijual di saluran rasmi!

KUALA LUMPUR,. Telefon pintar flagship terbaharu HONOR, iaitu HONOR Magic4 Pro yang disokong oleh Google Mobile Services (GMS) semakin menjadi buah mulut rakyat Malaysia selepas pra-tempahannya laku keras. Digelar sebagai “telefon pintar yang terlalu hebat dipercayai”, HONOR Magic4 Pro yang dilancarkan pada 1 Jun 2022 menawarkan hadiah bernilai sehingga RM1,656 termasuk HONOR Watch GS3 menerusi pra-tempahan.

Adakah anda terlepas pra-tempahan tersebut? Jangan risau, anda boleh membeli HONOR Magic4 Pro pada jualan pelancaran yang akan bermula pada 11 Jun 2022 dan mendapat hadiah percuma bernilai sehingga RM1,207 termasuk fon telinga wayarlas HONOR Earbuds 3 Pro yang dilengkapi Pemantauan Suhu AI, 1 tahun waranti lanjutan dan 6 bulan perlindungan skrin retak.

Disebabkan ciri telefon pintar kini merupakan bahagian penting dalam pergerakan gaya hidup kita, permintaan-permintaan ciri perlu difokuskan secara menyeluruh dalam usaha untuk menyelesaikan masalah yang dialami daripada penggunaan telefon pintar sebelumnya. HONOR Magic4 Pro menyasarkan untuk menyelesaikan masalah-masalah tersebut. Ini 4 sebabnya.

#1 Kuasa Paparan – LTPO 1920Hz PWM Dimming yang pertama di dunia untuk pemandangan lebih selamat

Kita sering menatap skrin telefon pintar terlalu lama. Namun, tahukah anda tabiat itu akan menyebabkan keletihan mata dan ketegangan penglihatan. Mujur ada teknologi canggih paparan LTPO 1920Hz PWM Dimming, HONOR Magic4 Pro berupaya mengurangkan perubahan kecerahan dan kerlipan skrin dalam keadaan cahaya rendah.

Paparan HONOR Magic4 Pro yang diiktiraf IMAX ENHANCED membantu meningkatkan kualiti video daripada 30 fps kepada 60 fps menerusi cip paparan MEMC dan teknologi penerapan HDR sendiri. Ciri ini sudah sedia ada di YouTube dan Netflix. Tontonan bukan HD sebelumnya kini boleh disaksikan dengan skrin 1.07 bilion warna dan DCI-P3 warna gamut luas yang menambah baik pemandangan HONOR Magic4 Pro dengan warna terang.

#2 Kuasa Fotografi – Fotografi Ultra Fusion untuk gambar yang lebih jelas

HONOR Magic4 Pro menaikkan lagi penanda aras dengan menampilkan Kamera Lebar 50MP, Kamera Lebar Ultra 122° 50MP dan Kamera Telefoto Periskop 64MP yang kesemuanya dikuasakan oleh Fotografi Ultra Fusion yang terbaik di dalam kelas tersendiri. Peminat kini dengan mudahnya boleh menangkap imej berdefinisi tinggi dalam kejelasan menakjubkan, sekaligus memberi idea untuk menangkap gambar yang kreatif. Ini membuktikan HONOR mengambil langkah lebih maju dari segi kualiti apabila setiap tangkapan gambar dibantu oleh fotografi berkomputer untuk menghasilkan imej yang tajam dan jelas sehingga 160%.

Rakaman video terbaik juga boleh dicapai untuk orang yang mahu menjinak videografi. Tips merakam video seperti profesional dengan videografi sinematik HONOR Magic4 Pro juga semudah ABC. Dengan rakaman video Log 10-bit 4K 60fps dan 4K HDR, serta sentuhan sinematik gred warna 3D-LUT ala filem Hollywood, sesiapa sahaja boleh mengambil video bertaraf filem.

#3: Kuasa SuperCharge – Dwi 100W SuperCharge yang pertama dalam Industri

Kita semua bencikan pengecas telefon yang lembap dan menjejaskan kerja seharian. HONOR Magic4 Pro membawakan pengalaman pintar dengan dwi 100W HONOR SuperCharge. Ia dikuasakan oleh bateri 4600mAh untuk jangka hayat bateri tahan lama serta penggunaan sepanjang hari. Dengan HONOR SuperCharge Berwayar 100W, HONOR Magic4 Pro dapat dicas sepenuhnya dalam tempoh hanya 30 minit. Tambahan pula, dengan teknologi 100W Wayarlas HONOR SuperCharge yang pertama diguna pakai HONOR Magic4 Pro membolehkan pengecasan 50% tanpa wayar dalam masa hanya 15 minit.

#4: Kuasa Prestasi – Prestasi Flagship Unggul dikuasakan oleh Snapdragon 8 Gen 1 serba baharu

HONOR mengambil berat hal prestasi sebagai kunci utama, apabila mengukuhkan kerjasama dengan pengeluar cipset termaju dunia Qualcomm, sekaligus memberi jaminan prestasi yang lancar dan stabil. HONOR Magic4 Pro kini dengan bangganya mengguna pakai pemproses Qualcomm Snapdragon 8 Gen 1 5G terbaharu untuk prestasi dan kuasa yang tiada tandingan. Berbanding keluaran terdahulu, HONOR Magic4 Pro meningkatkan prestasi CPU dan GPU masing-masing sehingga 20% dan 30% dengan lonjakan keupayaan AI 300%.

Membawakan prestasi sebenar flagship, HONOR Magic4 Pro disokong oleh HONOR Turbo Engines yang berkuasa dan keupayaan cipsetnya meningkatkan prestasi peranti tersebut. Pada masa sama, HONOR OS Turbo X juga memastikan perkakasan dan perisiannya lancar bekerja secara serentak bagi menambah baik kelancaran, anti-penuaan dan penggunaan kuasa.

Dengan cip keselamatan, HONOR melindungi privasi penggunanya melalui perisian dan perkakasan serta membangunkan bersama Qualcomm untuk Sistem Keselamatan Dwi-TEE (HTEE+QTEE). Terdapat juga fungsi Just Say to Me yang didayakan oleh AI Privacy Call dengan kedua-dua skrin dan pembesar suara dilaraskan terus hanya untuk telinga anda. Potensi kebocoran bunyi dikurangkan ke tahap minimum untuk privasi panggilan yang lebih baik.

Untuk maklumat terbaharu HONOR Magic4 Pro, layari https://bit.ly/Magic4ProPOUB atau setia bersama kami di Facebook HONOR Malaysia.

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )