Premis makanan bukan Islam boleh beroperasi 7 pagi – 7 malam – MB Pahang

Premis makanan bukan Islam boleh beroperasi 7 pagi – 7 malam – MB Pahang

KUANTAN,. Kerajaan negeri Pahang membenarkan premis menjual makanan bukan Islam di negeri ini untuk beroperasi dari jam 7 pagi hingga 7 malam dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sepanjang bulan Ramadan ini.

Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail,berkata keputusan itu dibuat selepas menerima aduan daripada peniaga terlibat berhubung ketetapan sesetengah pihak berkuasa tempatan (PBT) bahawa operasi perniagaan semua premis makanan sepanjang Ramadan hanya bermula jam 12 tengah hari hingga 7 malam.
“Peniaga premis makanan bukan Islam diharap dapat menerima keputusan baharu ini dengan baik dan terus patuh kepada pendekatan yang dibuat kerajaan negeri mengambil kira pelaksanaan PKP dan situasi wabak COVID-19 yang dihadapi.

“Antara ketetapan itu ialah premis makanan terlibat berada di bangunan lot kedai dan hanya menjual secara pandu lalu, bungkus dan ambil (take away) dan pembayaran tunai semasa serahan,” katanya dalam kenyataan media, di sini, pada Jumaat.
Beliau berkata ketetapan baharu itu terpaksa diambil bagi memutuskan rantaian COVID-19 selain masyarakat mematuhi pelaksanaan PKP dengan duduk di rumah jika tiada urusan penting untuk dilakukan.

– BERNAMA

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )