Presiden Marcos berlepas ke Johor sebahagian lawatan negara

Presiden Marcos berlepas ke Johor sebahagian lawatan negara

SEPANG: Presiden Filipina Ferdinand Marcos Jr hari ini berlepas ke Johor sebagai persinggahan terakhir sebelum mengakhiri lawatan negara tiga hari ke Malaysia.

Pesawat khas yang membawa Marcos dan delegasi berlepas dari Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur kira-kira 3.15 petang semalam.

Presiden Filipina itu diiringi Menteri Perpaduan Negara Datuk Aaron Ago Dagang.

Marcos dijadual mengadakan kunjungan hormat ke atas Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar di Istana Bukit Serene.

Marcos dan delegasinya tiba di Malaysia pada petang Selasa (25 Julai) menandakan lawatan sulung beliau ke negara ini.

Presiden Filipina itu telah mengadakan perbincangan dua hala dengan Anwar di Putrajaya pada Rabu untuk mempereratkan lagi hubungan antara kedua-dua negara.

–BERNAMA

CATEGORIES
TAGS
Share This