Presiden Suruhanjaya Eropah mahu “tolak ansur konstruktif”

Presiden Suruhanjaya Eropah mahu “tolak ansur konstruktif”

BRUSSELS,. Presiden Suruhanjaya Eropah Ursula von der Leyen memberi isyarat sidang kemuncak Kesatuan Eropah (EU) akan berakhir awal Selasa, lapor agensi berita Xinhua.

“Selepas rundingan intensif selama empat hari, sudah tiba masanya untuk bergerak ke arah tolak ansur yang konstruktif,” katanya di Twitter.

“Warga Eropah sedang menunggu-nunggu pengumuman satu pelan pemulihan yang komprehensif. Dunia sedang memerhatikan kita,” tambahnya.

Presiden Majlis Eropah Charles Michel dan von der Leyen dijangka mengadakan sidang media selepas sidang kemuncak itu.

Sidang kemuncak khas empat hari itu, mesyuarat penting pertama ketua negara dan kerajaan anggota EU sejak tercetusnya COVID-19 di Eropah, bertujuan membincangkan pakej komprehensif, menggabungkan belanjawan EU untuk tujuh tahun akan datang dan dana pemulihan besar-besaran.

— BERNAMA

CATEGORIES
TAGS
Share This