PRK KIMANIS; Pengundian bagi Pilihan Raya Kecil

KIMANIS,. Pengundian bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) P.176 Parlimen Kimanis bermula pada 7.30 pagi ini dan dijangka berakhir pada 5 petang.

Kawasan pilihan raya kecil itu merangkumi dua kawasan Dewan Undangan Negeri – Bongawan dan Membakut – dengan seramai 29,619 daripada 29,664 pengundi biasa yang layak mengundi hari ini.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) membuka sebanyak 19 pusat mengundi melibatkan 68 saluran untuk mempercepatkan proses mengundi.

PRK Parlimen Kimanis menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara calon Parti Warisan Sabah (Warisan) Datuk Karim Bujang dan calon Barisan Nasional (BN) Datuk Mohamad Alamin.

PRK itu juga merupakan PRK ke-10 sejak Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) pada Mei 2018.

PRK Parlimen Kimanis diadakan selepas Mahkamah Persekutuan pada 2 Dis lepas mengekalkan keputusan Mahkamah Pilihan Raya Kota Kinabalu yang membatalkan kemenangan bekas Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman bagi kerusi itu pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) lepas.

Mahkamah Pilihan Raya Kota Kinabalu pada 16 Ogos tahun lepas memutuskan bahawa kemenangan Anifah di kerusi itu sebagai tidak sah dan terbatal selepas mendapati ada kertas undi tambahan yang boleh menjejaskan keputusan pilihan raya.

Berikut adalah perkembangan mutakhir perjalanan PRK P.176 Parlimen Kimanis:

Kimanis, Sabah

7.30 – Proses pengundian bermula di 19 pusat pengundian membabitkan 68 saluran. Kebanyakan pengundi awal terdiri daripada warga emas.

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )