PRN Johor: Pengundi Muda harus melakar sejarah membawa kestabilan politik – Hamim Samuri

PRN Johor: Pengundi Muda harus melakar sejarah membawa kestabilan politik – Hamim Samuri

LEDANG — Datuk Hamim Samuri, dan juga sebagai Ketua UMNO Ledang Johor 2022 (PRN Johor) kali ini melihat pengundi muda dibenarkan terlibat dalam proses pemilihan.

Menurut, beliau juga sebagai Pengarah Jentera Pilihanraya Barisan Nasional di kawasan Ledang dan Ketua Bahagian UMNO Ledang disini,menyeru agar semua pengundi muda mengambil bahagian dalam proses pemilihan PRN Johor 2022 pada kali ini.

Kata beliau lagi “Pengundi Muda harus melakar sejarah dengan membawa satu kestabilan politik di negeri Johor dan gologan inilah yang akan menjadi perintis kepada kestabilan di negeri ini dan Malaysia sekiranya berlaku PRU-15 dalam tempoh yang terdekat.

“Jentera pilihanraya Barisan Nasional kawasan Ledang juga telah meniupkan semangat kepada pengundi muda yang boleh mengundi secara automatik buat pertama kalinya, yang tidak pernah berlaku sebelum ini di PRN Melaka dan PRN Sarawak.” kata Datuk Hamim Samuri.

Beliau turut nyatakan, pelbagai usaha telah dilakukan oleh pihaknya bagi meraih sokongan kelompok tersebut yang pertama kali akan mengundi di PRN Johor ini.

Walaupun ada cabaran untuk memikat hati pengundi muda di PRN Johor ini, namun pihaknya sentiasa membuat yang terbaik untuk golongan ini.

Beliau juga agak optimis pengundi muda akan mengambil peluang ini untuk membawa kestabilan politik dan merancakkan sektor ekonomi di negeri Johor pada masa akan datang.

Apabila ditanya oleh wartawan Gerbang Post, mengenai peluang kemenangan di kawasan Ledang yang di mana tiga kerusi yang akan dipertandingkan iaitu DUN N09 Gambir, DUN N10 Tangkak dan DUN N11 Serom, beliau yakin dengan situasi politik semasa, ketiga – tiga DUN ini boleh dimenangi oleh calon Barisan Nasional.

Sebelum ini pada PRU-14, DUN N09 Gambir pernah dimenangi oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Apabila ditanya sama ada ‘aura’ Tan Sri Muhyiddin Yassin bakal memberi impak kejayaan untuk Perikatan Nasional, Datuk Hamim Samuri berpendapat pihaknya dari awal lagi telah bersedia dengan jentera pilihanraya Barisan Nasional telah berjumpa dengan semua ketua PDM, ketua kampung dan lebih penting mengenal pasti dan menyelesaikan masalah tempatan di kawasan tersebut sedikit sebanyak memberi harapan yang lebih cerah untuk Barisan Nasional memenangi kerusi tersebut pada kali ini.

Sebelum ini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar, pernah menjelaskan dengan kemasukan Undi 18, kerajaan terpaksa bergerak pantas termasuk penyelarasan data terkini direkodkan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), membabitkan golongan berkenaan.

Wan Junaidi menjelaskan seramai 6.3 juta rakyat termasuk belum mendaftar sebagai pengundi, berpeluang menjadi pemilih pada PRU-15 dengan membabitkan 1.2 juta remaja sudah berusia 18 tahun hingga 21 tahun, selain 4.4 juta lagi individu berumur 21 tahun ke atas yang langsung tidak pernah mendaftar.

Umur mengundi minimum diturunkan kepada 18 daripada 21 selepas Rang (Pemindaan) Perlembagaan 2019 diluluskan Dewan Rakyat pada 16 Julai 2019, diikuti kelulusan Dewan Negara pada 25 Julai 2019.

Dalam PRN Johor ini akan menyaksikan pertambahan signifikan jumlah pengundi baharu sebanyak 30 peratus, iaitu 749,731 pengundi hasil pelaksanaan Undi 18.

Ini menjadikan jumlah keseluruhan pengundi di Johor ialah 2.5 juta berbanding 1.8 juta pengundi pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) pada 2018.

— Ram P

CATEGORIES
TAGS
Share This