PRN Sabah: BN, PN dan rakan sekutu PBS capai konsensus tidak bertembung

PRN Sabah: BN, PN dan rakan sekutu PBS capai konsensus tidak bertembung

KOTA KINABALU,. Perikatan Nasional (PN) dan sekutunya secara konsensus bersetuju memgelak pertembungan calon dalam sekurang-kurang dalam 11 kerusi, kurang 24 jam sebelum medan perjuangan Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah bermula dengan proses penamaan esok.

Pertembungan calon berjaya diselesaikan apabila pemimpin PN, Barisan Nasional (BN) dan Parti Bersatu Sabah (PBS) mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri merangkap Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin, di sini hari ini.

“Kami telah mencapai konsensus untuk mengelakkan pertembungan tersebut,” kata Pengerusi BN Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi selepas menghadiri pertemuan itu.

Media melaporkan 11 kawasan tersebut ialah Bengkoka, Telupid, Matunggong, Kadamaian, Tandek, Tulid, Sook, Kapayan, Karamunting, Paginatan dan Tanjung Aru.

Di pihak satu lagi, Warisan Plus dan sekutunya turut selesai mengumumkan kesemua 73 kerusi yang akan mereka tandingi pada pilihan raya kali ini dengan terakhir PKR akhur dengan keputusan bertanding di tujuh kerusi.

Sementara itu, berdasarkan kepada pengumuman parti-parti politik yang akan bertanding pada PRN Sabah setakat ini, dijangka tidak akan berlaku pertandingan satu lawan satu kali ini.

Sebalikya akan berlaku pertandingan banyak penjuru, ada sehingga lapan penjuru di kebanyakan kerusi.

Warisan Plus, Parti Cinta Sabah (PCS), BN, PN serta rakan sekutunya PBS masing-masing sudah mengumumkan untuk bertanding di kesemua 73 kerusi DUN.

Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu (USNO) yang diasaskan pejuang kemerdekaan Sabah, Allahyarham Tun Datu Mustapha Datu Harun yang kini diterajui bekas Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia dijangka bertanding sekurang-kurangnya 44 kerusi pada PRN Sabah kali ini.

Setiausaha Agung Parti Gagasan Rakyat Sabah (GAGASAN) Stephen Jacob pula mengesahkan partinya akan bertanding sekurang-kurangnya 40 kerusi manakala Parti Harapan Rakyat Sabah (PHRS) akan bertanding empat kerusi.

Ini tidak termasuk Parti Liberal Demokratik (LDP) yang hanya mahu membuat pengumuman calon-calonnya esok semasa proses penamaan calon.

Seperti biasa, calon Bebas juga dijangka akan turut menyertai ‘peperangan’ tersebut.

— BERNAMA

CATEGORIES
TAGS
Share This