
PRN Sabah: PKR tanding 14 kerusi DUN dalam PRN Sabah
KOTA KINABALU, 9 Sept — PKR mengesahkan akan bertanding di 14 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam Pilihan Raya Negeri Sabah yang berlangsung pada akhir bulan ini.
Ketua Penerangan Majlis Pimpinan Negeri PKR Simsudin Sidek berkata kerusi yang bakal ditandingi parti itu ialah Api-Api, Inanam, Tempasuk, Tamparuli, Matunggong, Klias, Sook, Kemabong, Segama, Limbahau, Sg.Manila, Membakut, Pintasan dan Petagas.
“Kali ini Keadilan melakukan tapisan rapi untuk memastikan calon yang berwibawa (bertanding) termasuk muka-muka baharu anak muda dan wanita,” menurutnya dalam kenyataan di sini hari ini.
Beliau berkata Keadilan juga berhasrat menampilkan calon daripada kalangan Bumiputera Islam, Bumiputera Bukan Islam dan Cina.
Pada Pilihan Raya Umum Ke-14, PKR bertanding lapan kerusi DUN dan menang dua daripadanya iaitu Api-Api serta Inanam.
— BERNAMA