Profesor, rakan penyelidik diculik di Papua New Guinea

Profesor, rakan penyelidik diculik di Papua New Guinea

MOSCOW,. Seorang profesor dari Australia dan tiga rakannya dijadikan tebusan oleh kumpulan bersenjata di Papua New Guinea dan menuntut bayaran tebusan daripada kedua-dua kerajaan Papua dan Australia, lapor media pada Isnin.

Profesor itu, rakan penyelidik serta penyelaras program penyelidikan dan dua siswazah Universiti Papua New Guinea, sedang melakukan kajian lapangan di kawasan terpencil di Wilayah Highlands, lapor Sputnik memetik penyiar Australia ABC News.

Pihak berkuasa Papua New Guinea telah memulakan rundingan dengan penculik, kata Perdana Menteri James Marape.

“Saya mahu memaklumkan kepada keluarga mereka yang dijadikan tebusan bahawa kami telah berusaha dan dapat menghubungi penculik,” kata Marape kepada wartawan.

Perdana menteri itu berkata mubaligh di kawasan itu turut membantu dengan menjadi orang tengah dalam rundingan dengan penculik.

Kejadian serupa berlaku pada awal bulan ini di bahagian barat pulau New Guinea apabila kumpulan pemisah tempatan yang berjuang untuk kemerdekaan daripada Indonesia, menjadikan seorang juruterbang New Zealand sebagai tebusan.

Penculik menuntut kerajaan Indonesia supaya menghentikan kekerasan terhadap pemberontak.

— BERNAMA

CATEGORIES
TAGS
Share This