Program ekonomi halal TVET untuk Tahfiz – Pakya
TANJUNG KARANG,. Calon nom1, N.09 Mohd Yahya Mat Sahri,atau lebih dikenali dikalangan penduduk setempat dengan panggilan PakYa, lima hari berkempen bagi pilihan raya umum dewan negeri (PRU DN) selangor ke-15 meneruskan Agenda usaha bagi menaikan dan mencari solusi yang terbaik untuk semua penduduk di Permatang dalam meluaskan ekonomi,pendidikan, kemahiran,lebih lagi pada hari ini ke arah sekolah tahfiz yang berada disekitar kawasan ini.
FAST-TRACK DAN HALAL TEKNIKSYEN DAN TEKNOKRAT (TVET)UNTUK TAHFIZ.
Institusi pendidikan Tahfiz merupakan salah satu institusi yang ada di Permatang ini dianggarkan ada dalam 8 buah disekitar Permatang menawarkan pendidikan Agama Islam,kepada anak – anak muda mereka ini juga akan menjadi pelapis kepada Imam,Bilal,Pendakwa,dan berbagai lagi.
Pusat Tahfiz juga memberi peranan yang agak penting dalam Masyarakat namu tidak semua lepasan Tahfiz tersebut berpeluangan meneruskan kerjaya dalam bidang keagamaan, lantaran itu pelajar – pelajar Tahfiz ini harus menerima hakikat bahawa mereka perlu meneruskan kerjaya dalam bidang lain juga.
.Program FAST-TRACK SPM UNTUK TAHFIZ.
PakYa,akan mengemukakan cadangan kepada kerajaan negeri Selangor,Majlis Agama Islam Selangor(MAIS)dan jabatan gama Islam Selangor (JAIS)
agar mewujudkan progaram, fast-track spm untuk tahfiz,demua pelajar tahfiz di permatang.
Sijil pelajaran Malaysia (SPM) merupakan sijil asas yang diperlukan untuk membina kerjaya di negara ini Oleh itu, program ini bertujuan untuk memberikan pelajar – pelajar tahfiz ini bimbingnan secara intensif dalam penyediaan menduduki peperiksaan SPM,harapan PakYa lagi agar mereka mempunyai SPM, lantas melayakan mereka untuk membina kerjaya selepas tahfiz ataupun melanjutkan pelajaran dalam bidang yang lebih tinggi lagi katanya lagi.
Program fast – track SPM ini akan dikendalikan dengan kerjasama Universiti Selangor (UNISEL)
,..HALAL TVET UNTUK TAHFIZ..
PakYa juga akan mewujudkan program halal TVET untuk tahfiz,dibawah projek ini lepasan tahfiz akan diberikan latihan agar mereka layak menjadi pegawai bertauliah dalam industri halal yang diiktiraf pihak penguasa agama dan industri.
Program halal tvet untuk tahfiz akan dikendalikan oleh majlis Ekonomi halal(MEH)dengan kerjasama halal delelopment corporation (HDC)dengan sokongan kerajaan negeri dan pihak penguasa agama.
Mereka yang mengikuti program ini akan berpeluang menjadi tvet dalam industri halal,mereka juga akan dilatih menjadi usahawan dalam sektor halal,ini akan dapat menyumbang kepada penbangunan kepada modal insan berkemahiran dalam industri halal negara sekaligus ke arah ekosistem produk dan perkhimatan halalan toyyiban, serta berhijrah ke sistem ekonomi halal.
Menyedari bahawa kalangan lepasan tahfiz kalangan yang fasih tentang syariat agama,maka mereka addalah kelompok yang paling sesuai untuk menjadi pengamal industri halal yang berkemahiran dalam bidanganya katanya lagi.
–RAHMAN