Proses kira undi di Georgia, AS tamat selewat-lewatnya 10 hari selepas pilihan raya

Proses kira undi di Georgia, AS tamat selewat-lewatnya 10 hari selepas pilihan raya

WASHINGTON,. Penjumlahan undi di Georgia, Amerika Syarikat (AS) dijangka selesai selewat-lewatnya sepuluh hari selepas pilihan raya, kata seorang pegawai pejabat pilihan raya negeri pada Khamis.

Georgia merupakan satu daripada lima negeri yang menyaksikan proses pengiraan undi masih dilakukan, lapor agensi berita Sputnik.

Pengurus Pelaksanaan Pengundian Gabriel Sterling dalam sidang media berkata masih terdapat kira-kira 42,000 kertas undi yang belum dikira.

Sebelum itu Sterling menjangkakan petugas pilihan raya di Georgia selesai mengira undi pada lewat Khamis.

Fox News melaporkan Presiden Donald Trump mendahului di Georgia dengan 99 peratus undi sudah dikira.

— BERNAMA

CATEGORIES
TAGS
Share This