PTG, MDPP roboh gerai haram, 200 peniaga dakwa hilang mata pencarian

PTG, MDPP roboh gerai haram, 200 peniaga dakwa hilang mata pencarian

PASIR PUTEH,. Kira-kira 200 peniaga yang berniaga tanpa lesen sah di Pasar Besar Pasir Puteh di sini mendakwa mereka kini kehilangan sumber pendapatan setelah gerai mereka dirobohkan oleh Pejabat Tanah dan Galian (PTG) dan Majlis Daerah Pasir Puteh (MDPP) kelmarin.

Setiausaha Persatuan Peniaga Kecil Pasar Besar Pasir Puteh Ghazali Mamat mendakwa mereka ha-nya mengetahui perkara itu pada Selasa menerusi pihak ketiga.

Mereka terkejut diarah mengosongkan gerai masing-masing kerana gerai tersebut akan dirobohkan, katanya ketika ditemui pemberita semalam.

Sementara itu, Yang Dipertua MDPP Ab Pattah Hasbullah berkata PTG menguatkuasakan undang-undang di bawah Seksyen 425 Kanun Tanah Negara kerana menceroboh tanah kerajaan, dan kawasan tersebut sudah diisytiharkan sebagai bukan lagi tapak Pasar Besar sejak hampir tiga tahun lepas.

“Pihak MDPP dimaklumkan bahawa tidak ada perintah injunksi yang berkuat kuasa terhadap Pejabat Tanah dan Galian Kelantan yang menghalang PTG untuk melaksanakan tindakan penguatkuasaan termasuklah perobohan Pasar Besar Pasir Puteh,” katanya dalam kenyataan semalam.

Beliau juga menjelaskan peniaga terbabit ditawarkan berpindah ke Pasar Siti Hajar sejak 2017, namun hanya sebahagian yang menerima tawaran berkenaan.

Isu peniaga di pasar itu timbul sejak tiga tahun lepas apabila mereka enggan berpindah ke lokasi baharu di Pasar Siti Hajar kerana mendakwa ruang niaga di pasar baharu tersebut terlalu sempit, selain lokasi tidak strategik untuk menjalankan perniagaan.

— Bernama

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )