Quartararo duduki tempat kedua di GP Thailand

THAILAND,. Pelumba Petronas Yamaha Sepang Racing Team (SRT), Fabio Quartararo menduduki tempat kedua di Grand Prix Thailand di Buriram, hari ini.

Pelumba kelahiran Perancis berusia 20 tahun itu mencatatkan masa 39 minit 36.394 saat untuk berada di belakang juara dunia bertahan dan pendahulu kejohanan sekarang, Marc Marquez dari Repsol Honda Team (39:36.223s).

Dalam pada itu, pelumba Monster Energy Yamaha MotoGP, Maverick Vinales dari Sepanyol berada di tangga ketiga dengan catatan 39:37.603s.

Rakan sepasukan Quartararo, Franco Morbidelli berada di tempat keenam selepas mencatatkan 39:50.689s.

Untuk frekod, Quartararo sekarang berada di tempat ketujuh pada kejohanan selepas mengumpul 143 matra daripada 15 pusingan dan mendahului “Rookie of the Year Classification” dengan kelebihan 85 mata mengatasi pelumba dari Sepanyol, Joan Mir yang mewakili Suzuki Ecstar.

— BERNAMA

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )