
Raja Thailand lulus pelantikan Menteri Kewangan baharu
BANGKOK, 5 Okt — Raja Thailand Raja Maha Vajiralongkornon pada Isnin meluluskan pelantikan Arkom Termpittayapaisith sebagai menteri kewangan yang baharu, selepas dicalonkan oleh Perdana Menteri Prayut Chan-ocha, lapor agensi berita Thailand (TNA).
Beliau menggantikan Predee Daochai, yang mengundurkan diri pada 1 September dengan alasan masalah kesihatan, selepas kurang sebulan memegang jawatan itu.
Arkom, 64, bekas Setiausaha Agung Pejabat Lembaga Pembangunan Ekonomi dan Sosial Negara dan pernah menjadi Menteri Pengangkutan dari Ogos 2015 hingga Julai 2019.
Beliau mempunyai kelulusan dari Fakulti Ekonomi Universiti Thammasat dan memperoleh ijazah sarjana ekonomi dari Kolej Williams.
— BERNAMA