Rakyat Indonesia dinasihatkan tidak masuk Sabah tanpa dokumen sah

Rakyat Indonesia dinasihatkan tidak masuk Sabah tanpa dokumen sah

TAWAU,. Ketua Perwakilan KRI Tawau Sulistidjo Djati Ismojo menasihatkan semua warganya tidak datang secara haram ke negeri Sabah bagi mengelak daripada ditangkap oleh pihak berkuasa.

Beliau berkata, rakyat Indonesia yang mahu datang melawat dan bekerja di Sabah perlu memastikan semua dokumen perjalanan yang sah diurus terlebih dahulu.

“Jangan sampai mahu masuk dan bekerja secara mudah sehingga sanggup mengabaikan semua prosedur Imigresen yang membolehkan mereka ditangkap sekiranya didapati oleh pihak berkuasa Malaysia,” katanya ketika ditemui di Terminal Feri Tawau (TFT) semasa meninjau penghantaran pulang 134 orang warganya, di sini.

Mengulas mengenai warganya yang dihantar pulang itu, beliau berharap semoga semua pengalaman yang mereka tempuhi semasa di Pusat Tahanan Sementara (PTS) dijadikan iktibar dalam kehidupan mereka.

“Saya juga berharap mereka dapat menceritakan kepada keluarga dan sahabat mereka supaya jangan masuk negara orang tanpa menggunakan dokumen yang sah kerana boleh ditangkap dan dihukum.

“Sekiranya mendapat tawaran pekerjaan di Sabah perlu menyelesaikan dahulu dokumen mereka dan sekiranya boleh, bekerjalah di Indonesia kerana di sana juga sudah banyak peluang pekerjaan,” katanya.

Menurutnya, semua 134 orang yang dihantar pulang ini akan terus dihantar ke Sulawesi, Indonesia kerana ujian COVID-19 mereka yang dilakukan di Sabah didapati negatif.

“Pihak Pejabat Kesihatan Tawau sudah mengesahkan semua mereka yang dihantar pulang ini bebas wabak COVID-19 dan didapati sihat untuk terus pulang ke kampung halaman tanpa kuarantin,” katanya.

CATEGORIES
TAGS
Share This