Rakyat Malaysia buat rayuan atas hukuman mati

Rakyat Malaysia buat rayuan atas hukuman mati

SINGAPURA,. Pannir Selvam a/l Pranthaman seorang rakyat Malaysia, yang menghadapi hukuman mati akan mengemukakan rayuan ke atas keputusan Mahkamah Tinggi Singapura, yang menolak permohonan beliau untuk mencabar proses pengampunan.

“Pannir akan mengemukakan rayuan atas keputusan tersebut. Jadi, perkara ini masih belum berakhir. Kita ada masa sebulan untuk mengemukakan notis rayuan,” kata peguambela Too Xing Ji ketika dihubungi Bernama hari ini.
Permohonan untuk mencabar keputusan mahkamah itu telah dibuat dalam kamar oleh Hakim See Kee Oon pada 11 Feb dan keputusan mengenainya pada keesokan harinya.

Mahkamah Rayuan Singapura pada 23 Mei, 2019 telah membenarkan permohonan Pannir untuk menangguhkan hukuman mati yang dihadapinya dan membolehkan beliau mencabar proses pengampunan.
Pannir, 32, yang sepatutnya menjalani hukuman mati pada 24 Mei, membuat permohonan penangguhan selepas permohonan pengampunannya ditolak.

Surat daripada Presiden Singapura yang menolak pengampunan itu dan pemakluman hukuman itu kedua-duanya bertarikh 17 Mei, 2019, tetapi surat yang memaklumkan kepada ahli keluarganya mengenai hukuman mati itu, dihantar pada 16 Mei, 2019.

Pannir disabitkan kesalahan pada 27 Jun 2017 oleh Mahkamah Tinggi Singapura kerana mengedar 51.84 gram diamorphine di Pusat Pemeriksaan Woodlands pada 3 Sept 2014.

— BERNAMA

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )