Rentap agih sumbangan Gawai kepada KIR di DUN Layar

Rentap agih sumbangan Gawai kepada KIR di DUN Layar

BETONG: Sebanyak 2,300 set barangan diagihkan kepada Ketua Isi Rumah (KIR) di DUN Layar sempena sumbangan Hari Gawai Dayak yang bakal disambut masya-rakat Dayak pada 1 Jun ini.

ADUN Layar Gerald Ren-tap Jabu memberitahu set berupa barangan keperluan harian hasil sumbangan Pusat Khidmat N.36 Layar diberikan kepada keluarga daripada 90 rumah panjang yang tersenarai dalam DUN Layar.

“Ini adalah usaha pihak Pusat Khidmat N.36 Layar yang bertungkus-lumus menyediakan bantuan setiap kali musim perayaan utama yang disambut masyarakat pelbagai Agama dan kaum disini.

“Keperluan ini mencakupi barangan kegunaan harian dan bukan semestinya keperluan untuk sambutan perayaan, ia cukup sekadar bagi menampung serba sedikit kos harian,” ujarnya berhubung penyerahan sumbangan Gawai Dayak di sini kelmarin.

Rentap turut menyeru ke-pada masyarakat yang berada di luar Betong agar mematuhi arahan untuk tidak pulang kerumah panjang bagi me-raikan sambutan Gawai pada tahun ini. “Saya merayu kepada penduduk yang berada di luar Betong supaya tidak pulang k ekampung semasa Hari Gawai ini untuk merai sambutan bersama masyarakat di rumah panjang.

“Ini adalah bagi memben-dung pandemik COVID-19 yang semakin aktif sejak akhir-akhir ini daripada menular kerumah panjang.

“Kerajaan juga telah me-ngeluarkan prosedur operasi standard (SOP) bagi sambutan Hari Gawai pada tahun ini untuk tidak dirai secara besar-besaran. Cukup sekadar bersama keluarga sahaja,” tegasnya.

Simbolik penyerahan sumbangan telah disampaikan kepada tuai-tuai rumah dalam DUN Layar yang diketuai oleh Tuai Rumah Gabriel Spenser.

Turut hadir wakil Residen Bahagian Betong, Ramsay Selat, Pemancha Norman Ngumbang, Penghulu Stanley Ijau, Penghulu Libau dan Timbalan Pengerusi Majlis Daerah Betong Kr Horace Entoi.

-Agensi

CATEGORIES
Share This