Ribut Molave diramal badai wilayah tengah Vietnam

HANOI,. Ribut Molave, ribut kesembilan tahun ini dan keempat dalam masa sebulan, diramal membadai wilayah tengah Thua Thien-Hue hingga ke wilayah Khanh Hoa Vietnam, dengan kekuatan angin mencecah sehingga 133 kilometer sejam pada Selasa malam, menurut Pusat Ramalan Hidro-Meteorologi.

Sehingga 4 pagi Selasa, Molave berada sekitar 320 kilometer di utara-timur laut pulau Song Tu Tay, dengan kekuatan angin sehingga 183 kilometer sejam, lapor agensi berita Vietnam (VNA).

Ia kemudian diramal menuju ke wilayah Phu Yen kira-kira pukul 4 pagi.

Hujan lebat dijangka melanda kawasan berkenaan dari 27 hingga 29 Oktober. Kawasan yang bakal terjejas ialah dataran rendah di Thua Thien-Hue sehingga ke wilayah Quang Ngai.

Molave mempunyai kekuatan yang sama dengan ribut Damrey yang melanda pada 2017, menyebabkan 123 orang maut atau hilang selain kerosakan bernilai 22 trilion VND (US$ 951.45 juta).

— BERNAMA

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )