Ribut petir, hujan lebat dijangka di Sarawak dan Sabah sehingga petang ini

Ribut petir, hujan lebat dijangka di Sarawak dan Sabah sehingga petang ini

KUALA LUMPUR,. Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka berlaku di beberapa kawasan di Sarawak dan Sabah sehingga pukul 6 petang ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam kenyataan hari ini memaklumkan kawasan di Sarawak membabitkan Sri Aman, Sibu, Selangau, Mukah, Bintulu (Tatau) dan Miri.

Di Sabah pula melibatkan kawasan Pantai Barat iaitu Tuaran dan Kota Belud.

— Bernama

CATEGORIES
TAGS
Share This