Ringgit di bawah tekanan berikutan kebimbangan mengenai koronavirus

KUALA LUMPUR,. Kebimbangan mengenai wabak novel koronavirus dan potensi impaknya kepada pertumbuhan dunia terus memberi tekanan kepada ringgit untuk dibuka rendah berbanding dolar US pada Selasa.

Pada 9.01 pagi, ringgit berada pada 4.1200/1230 berbanding dolar US daripada 4.1125/1155 pada Isnin.

Ketua Strategi Pasaran AxiCorp Stephen Innes berkata virus itu dan ekonomi serta ketidaktentuan perdagangan yang berpanjangan akibat wabak tersebut, memberi tekanan kepada mata wang tempatan berikutan hubungan perdagangan Malaysia yang erat dengan China.

“Semua ini berlaku berdasarkan bukti bahawa wabak tersebut memberi impak yang besar kepada ekonomi global, dengan China, paling teruk terjejas, mata wang tempatan ASEAN dijangka menerima tekanan paling tinggi dan terutamanya pengeksport komoditi tempatan,” katanya kepada Bernama.

Innes berkata pasaran berharap kepada penetapan yuan China yang kukuh daripada Bank Rakyat China untuk meningkatkan mata wang.

Ringgit diniagakan bercampur-campur berbanding mata wang utama lain.

Unit tempatan meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.0023/0055 daripada 3.0051/0084 pada Isnin dan susut berbanding yen Jepun kepada 3.7930/7969 daripada 3.7896/7931.

Mata wang tempatan rendah berbanding euro kepada 4.5563/5613 daripada 4.5529/5579, bagaimanapun naik berbanding pound Britain kepada 5.3523/3566 daripada 5.3792/3839 sebelum ini.

— BERNAMA

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )