Ringgit dibuka hampir tidak berubah berbanding dolar AS

Ringgit dibuka hampir tidak berubah berbanding dolar AS

KUALA LUMPUR,. Ringgit dibuka hampir tidak berubah berbanding dolar AS berikutan pelabur menunggu hala tuju pasaran yang baharu.

Pada 9.04 pagi, ringgit tidak berubah pada 4.0580/0630 berbanding mata wang negara maju itu daripada 4.0580/0620 ketika ditutup semalam.

Peniaga berkata ringgit meningkat minggu lepas kepada paras tertinggi dalam tempoh sembilan bulan didorong ketegangan global yang kian reda serta harga minyak mentah dan komoditi yang stabil.

“Setakat ini, ringgit boleh terus mencatatkan kenaikan, ditambah dengan pelaksanaan dasar kewangan tempatan yang lebih kukuh,” katanya.

Ringgit diniagakan rendah kebanyakannya berbanding kumpulan mata wang utama.

Unit tempatan rendah berbanding dolar Singapura kepada 3.0117/0159 daripada 3.0108/0142 ketika ditutup semalam serta susut berbanding pound Britain kepada 5.2734/2815 daripada 5.2685/2757.

Ringgit lemah berbanding euro kepada 4.5003/5075 daripada 4.4995/5056 semalam namun meningkat berbanding yen Jepun kepada 3.6824/6879 daripada 3.6831/6877.

— BERNAMA

CATEGORIES
TAGS
Share This