Ringgit dibuka hampir tidak berubah berbanding dolar AS

KUALA LUMPUR,. Ringgit dibuka hampir tidak berubah berbanding dolar AS hari ini dengan permintaan belum lagi meningkat, kata seorang peniaga.

Pada 9.05 pagi, unit tempatan diniagakan pada 4.1400/1450 berbanding dolar AS daripada paras penutup 4.1400/1440 semalam.

Peniaga itu berkata lebih banyak pelabur mengalihkan minat terhadap mata wang selamat selepas kedua-dua gergasi ekonomi dunia Amerika Syarikat (AS) dan China bersetuju dengan ‘fasa pertama’ perjanjian perdagangan mereka.

“Bagaimanapun, pasaran kekal berhati-hati kerana AS tidak menunjukkan sebarang petunjuk mengurangkan lagi tarif pada masa depan,” katanya.

Sementara itu, berbanding kumpulan mata wang utama, ringgit diniagakan bercampur-campur.

Unit tempatan turun berbanding dolar Singapura kepada 3.0544/0584 daripada 3.0542/0583 dan susut berbanding euro kepada 4.6107/6179 daripada 4.6086/6148.

Ringgit meningkat berbanding yen kepada 3.7791/7847 daripada 3.7836/7876 dan naik berbanding pound Britain kepada 5.5016/5099 daripada 5.5194/5264.

— BERNAMA

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )