Ringgit dibuka kukuh berbanding dolar AS

KUALA LUMPUR,. Ringgit dibuka kukuh sedikit berbanding dolar AS hari ini, apabila sentimen mengambil risiko muncul selepas Presiden Donald Trump berkata rundingan China kini ‘di peringkat akhir”.

Pada 9 pagi, ringgit disebut harga pada 4.1700/1750 berbanding dolar daripada 4.1720/1750 pada penutupan Khamis.

Seorang peniaga berkata kenyataan Trump itu memberi harapan dalam pasaran bahawa dua ekonomi dunia itu akan memuktamadkan perjanjian perdagangan mereka tidak lama lagi, walaupun beliau menandatangani Akta Hak Asasi Manusia dan Demokrasi Hong Kong baru-baru ini.

Sementara itu, Ketua Strategi Pasaran Asia AxiTrader, Stephen Innes, berkata keyakinan ke atas kejayaan rundingan perdagangan itu menegelamkan sementara prestasi lemah ekonomi China setakat ini, dan aset berrisiko membelakangkan landskap ekonomi yang semakin merosot.

“Bagaimanapun, pasaran masih agak rapuh, namun sedang bangkit selepas 24 jam undang-undang tersebut dikuatkuasakan di Hong Kong,” katanya dalam nota hari ini.

Innes mengulangi bahawa prestasi ringgit akan terus mengesan pergerakan yuan dengan peniaga tempatan terus memantau rundingan perdagangan.

“Dalam masa yang sama, mereka akan mengutamakan aliran ekuiti dan bon semasa secara berhati-hati menjelang sebarang perkembangan akan datang,” katanya.

Pada pembukaan, unit tempatan didagangkan lebih tinggi berbanding mata wang utama lain.

Ringgit mengukuh berbanding dolar Singapura kepada 3.0525/0573 daripada 3.0537/0579 pada Khamis, tinggi berbanding euro kepada 4.5912/5971 daripada 4.5942/5992 semalam dan naik berbanding pound kepada 5.3831/3899 daripada 5.3965/4020.

Berbanding yen, unit tempatan juga meningkat kepada 3.8075/8131 daripada 3.8125/8156 pada penutupan Khamis.

— BERNAMA

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )