Ringgit dibuka lebih tinggi

Ringgit dibuka lebih tinggi

KUALA LUMPUR,. Urus niaga ringgit dibuka tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada pagi Jumaat ini dengan mata wang negara maju itu terus bergerak secara mendatar selepas ekonominya menunjukkan data yang lebih rendah daripada jangkaan, kata seorang peniaga.

Pada jam 9.02 pagi, ringgit meningkat kepada 4.2350/2400 berbanding dolar AS daripada 4.2360/2410 pada penutupan urus niaga Khamis.

Pedagang ActivTrades, Dyogenes Rodrigues Diniz, berkata walaupun dolar AS berjaya mendapat sedikit sokongan, pergerakannya tetap kekal mendatar hari ini kerana data Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) AS adalah lebih rendah daripada jangkaan iaitu pada 6.5 peratus berbanding unjuran 8.5 peratus.

“Hakikat yang menunjukkan KDNK berada jauh daripada jangkaan telah menimbulkan persoalan mengenai kecekapan dasar monetari yang diamalkan oleh Rizab Persekutuan AS selama ini, dengan pusat Amerika berusaha untuk memulakan ekonomi walaupun akan melibatkan kadar inflasi yang lebih tinggi,” tambahnya.

Sementara itu, pada paras pembukaan, unit tempatan diniagakan bercampur-campur berbanding mata wang utama yang lain.

Ringgit mengukuh berbanding dolar Singapura kepada 3.1275/1315 daripada 3.1285/1324 penutupan semalam dan meningkat berbanding pound Britain kepada 5.9066/9135 daripada 5.9092/9162 sebelumnya.

Bagaimanapun, unit tempatan itu lemah berbanding euro kepada 5.0316/0375 daripada 5.0294/0353 dan lebih rendah berbanding yen Jepun kepada 3.8648/8697 daripada 3.8562/8611 sebelumnya.

-BERNAMA

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )