Ringgit dibuka lebih tinggi

Ringgit dibuka lebih tinggi

KUALA LUMPUR,. Nilai ringgit dibuka lebih tinggi berbanding dolar AS pagi ini berikutan minat belian yang diperbaharui.

Pada jam 9.06 pagi, mata wang tempatan meningkat kepada 4.1760/1800 berbanding dolar AS daripada 4.1840/1870 pada penutup hari Isnin.

Dagangan ringgit disambung semula selepas ditutup untuk sambutan Tahun Baharu Cina pada 1 dan 2 Feb.

Sementara itu, ringgit diniagakan rendah berbanding sekumpulan mata wang utama lain.

Ia susut berbanding dolar Singapura kepada 3.0984/1018 daripada penutupan Isnin 3.0899/0925 dan turun berbanding euro kepada 4.7180/7226 daripada 4.6777/6811.

Unit ringgit menyusut nilai berbanding pound Britain kepada 5.6639/6693 daripada 5.6262/6303 dan turun berbanding yen Jepun kepada 3.6494/6529 daripada 3.6247/6276.

– Bernama

CATEGORIES
TAGS
Share This