Ringgit dibuka lebih tinggi pada pagi

Ringgit dibuka lebih tinggi pada pagi

KUALA LUMPUR,. Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS hari ini berikutan momentum pembelian yang semakin baik bagi unit domestik itu.

Pada 9.08 pagi, unit tempatan menokok kepada 4.1500/1530 berbanding dolar AS daripada 4.1590/1610 sewaktu ditutup pada Rabu.

Peniaga ActivTrades Dyogenes Rodrigues Diniz berkata lebih 75 peratus penduduk di Malaysia telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin COVID-19 dan jumlah jangkitan kes baharu juga telah berkurangan dari hari ke har

“Berita bahawa Malaysia akan membenarkan penduduk dewasa yang telah menerima vaksin penuh untuk melakukan perjalanan bermula Isnin merangsang sentimen dan memihak kepada ringgit. Dari sudut teknikal, dolar AS/ringgit berpotensi untuk merosot sehingga 4.1350,” katanya.

Bagaimanapun, ringgit diniagakan kebanyakannya rendah berbanding kumpulan mata wang utama, meningkat berbanding yen Jepun kepada 3.6599/6629 berbanding 3.6611/6632 sewaktu ditutup pada Rabu, namun susut berbanding pound Britain kepada 5.6722/6763 daripada 5.6675/6702.

Unit tempatan merosot berbanding dolar Singapura kepada 3.0766/0790 daripada 3.0739/0758 semalam dan susut berbanding euro kepada 4.8136/8171 daripada 4.8074/8097.

– Bernama

CATEGORIES
TAGS
Share This