Ringgit dibuka lebih tinggi pagi ini

Ringgit dibuka lebih tinggi pagi ini

KUALA LUMPUR,. Nilai ringgit terus meningkat untuk dibuka lebih tinggi hari ini, bertindak balas kepada berita positif di seluruh dunia, kata seorang peniaga.

Pada jam 9.01 pagi, mata wang tempatan mengukuh kepada 4.4470/4500 berbanding dolar AS daripada penutupan Selasa pada 4.4480/4510.

Rakan Kongsi Pengurusan SPI Asset Management, Stephen Innes, berkata prestasi ringgit yang lebih baik mengambil petunjuk daripada laporan bahawa gas Russia akan mengalir melalui Nord Stream 1 selepas tempoh penyelenggaraan tamat pada Khamis.

“Ini telah mengurangkan beberapa risiko kemelesetan yang lebih mendalam buat sementara waktu. Bagaimanapun, jangkaan kenaikan ringgit yang lebih tinggi mungkin tertangguh sehingga China keluar daripada perintah sekatan pergerakan,” katanya kepada Bernama.

Ringgit diniagakan kebanyakannya lebih tinggi berbanding sekumpulan mata wang utama.

Mata wang tempatan menambah nilai berbanding yen Jepun kepada 3.2192/2216 daripada 3.2323/2347 pada hari Selasa dan lebih tinggi sedikit berbanding pound Britain kepada 5.3435/3471 daripada 5.3478/3514 semalam.

Ringgit turut mengukuh berbanding euro kepada 4.5564/5595 daripada 4.5592/5623 pada penutup Selasa tetapi lemah berbanding dolar Singapura kepada 3.1972/2001 daripada 3.1943/1966 sebelumnya.

–BERNAMA

CATEGORIES
TAGS
Share This