Ringgit dibuka rendah

Ringgit dibuka rendah

KUALA LUMPUR,. Ringgit dibuka rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada dagangan pagi Jumaat berikutan pengukuhan dolar yang disokong oleh lonjakan dalam perolehan bon AS, kata peniaga.

Pada pukul 9.03 pagi, mata wang tempatan menyusut kepada 4.0680/0730 berbanding dolar AS daripada 4.0550/0600 semasa ditutup pada petang urus niaga Khamis.

Ketua Strategi Pemasaran Global Axi, Stephen Innes berkata selain ringgit, mata wang utama lain turut menyusut selepas bon AS mencecah melepasi had 1.5 peratus.

“Tetapi, harga minyak yang meningkat lebih empat peratus selepas Pertubuhan Negara-negara Pengeskport Petroleum (OPEC) menahan pengeluaran adalah faktor yang berjaya mengekang dan ini berjaya menahan mata wang tempatan daripada terus merosot,” kata beliau kepada Bernama.

Ketika berita ini ditulis, minyak mentah Brent mengukuh 0.19 peratus kepada AS$66.87 setong.

Sementara itu, mengulas mengenai langkah Bank Negara Malaysia (BNM) untuk mengekalkan kadar dasar semalaman pada 1.75 peratus, Innes berkata bank pusat sentiasa memahami apa-apa yang berkaitan dengan dasar bank pusat.

Dalam pada itu, ringgit diniagakan kebanyakannya tinggi berbanding mata wang utama yang lain kecuali pound Britain yang mana unit tempatan susut kepada 5.6472/6550 daripada 5.6470/6556 semalam.

Unit tempatan mengukuh berbanding dolar Singapura kepada 3.0397/0441 daripada 3.0416/0460 pada Khamis, meningkat berbanding euro kepada 4.8653/8717 daripada 4.8786/8854 semalam dan lebih tinggi berbanding yen Jepun kepada 3.7698/7755 daripada 3.7774/7827 sebelumnya.

-BERNAMA

CATEGORIES
TAGS
Share This