Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS

KUALA LUMPUR,. Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS pagi ini berikutan kekurangan minat belian apabila para pelabur beralih minat kepada mata wang Amerika Syarikat itu, kata seorang peniaga.

Pada 9 pagi, unit tempatan diniagakan pada 4.1370/1410 berbanding dolar AS daripada paras penutup 4.1360/1400 pada Jumaat minggu lepas.

Beliau berkata peserta pasaran kekal tidak memasuki pasaran susulan perkembangan terbaharu yang berkaitan penularan COVID-19.

Sementara itu, ringgit diniagakan bercampur-campur berbanding mata wang utama lain.

Unit tempatan meningkat berbanding dolar Singapura kepada 2.9731/9764 daripada 2.9751/9797 dan naik berbanding euro kepada 4.4829/4876 daripada paras penutup 4.4851/4902 pada Jumaat.

Ringgit susut berbanding pound Britain kepada 5.3967/4028 daripada 5.3904/3973 dan turun berbanding yen Jepun kepada 3.7681/7728 daripada 3.7665/7705.

— BERNAMA

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )