Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS

KUALA LUMPUR,. Ringgit meneruskan aliran penurunan berbanding dolar AS berikutan pelabur mengumpul lebih banyak pegangan dalam mata wang Amerika Syarikat itu selepas Presiden AS Donald Trump menyatakan perang perdagangan antara Washington dan Beijing akan berakhir tidak lama lagi.

Pada 9.08 pagi, unit tempatan berada pada 4.1930/1970 berbanding dolar AS daripada 4.1880/1920 semasa ditutup semalam.

Peniaga berkata penurunan harga minyak turut mempengaruhi ringgit.

Pada 9.25 pagi, minyak mentah Brent merosot 1.11 peratus kepada US$61.43 setong.

Secara keseluruhan, ringgit diniagakan kebanyakannya tinggi berbanding mata wang utama lain.

Mata wang tempatan mengukuh berbanding euro kepada 4.5926/5974 daripada 4.6060/6108 dan naik berbanding pound British kepada 5.1821/1879 daripada 5.2090/2157 pada Rabu.

Ia meningkat berbanding yen kepada 3.8932/8973 daripada 3.9013/9061, bagaimanapun merosot berbanding dolar Singapura kepada 3.0406/0446 daripada 3.0401/0434.

— BERNAMA

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )