Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS

Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS

KUALA LUMPUR,. Ringgit dibuka lebih rendah berbanding dolar AS berikutan kurangnya minat belian, diheret turun oleh ketidaktentuan membabitkan rundingan perdagangan AS dan China, kata peniaga.

Pada 9 pagi, ringgit disebut harga pada pada 4.1400/1440 berbanding 4.1370/1400 pada penutupan semalam.

Peniaga itu berkata sentimen ke atas dolar AS mengukuh, disokong oleh perkembangan terkini dalam rundingan perdagangan AS-China, dengan dua ekonomi besar itu sudah memeterai perjanjian ‘fasa pertama’ perdagangan.

Sementara itu, ringgit diniagakan lebih tinggi berbanding sekumpulan mata wang utama yang lain.

Nota tempatan mengukuh berbanding euro kepada 4.6016/6077 daripada 4.6057/6095 dan naik berbanding pound British kepada 5.4151/4220 daripada 5.4232/4288 dan mengukuh berbanding yen Jepun kepada 3.7750/7796 daripada 3.7802/7832 semalam.

Ringgit bagaimanapun rendah berbanding dolar Singapura kepada 3.0529/0569 daripada 3.0520/0547 pada Rabu.

— BERNAMA

CATEGORIES
TAGS
Share This