Ringgit dibuka rendah berbanding dolar US
KUALA LUMPUR,. Ringgit dibuka rendah berbanding dolar US hari ini ekoran prestasi data ekonomi yang mengecewakan, sekali gus mencetuskan keraguan terhadap momentum ekonomi negara, kata peniaga.
Pada 9.15 pagi, ringgit disebut harga pada 4.1500/1530 berbanding dolar US daripada 4.1410/1440 pada Selasa.
Seorang peniaga berkata Indeks Harga Pengeluar (IHP) mencatatkan prestasi yang mengecewakan. di tengah-tengah penguncupan yang semakin meluas pada September berbanding Ogos, dengan harapan bahawa IHP dapat berada pada kedudukan untuk mencatat pemulihan yang berkekalan.
“Penguncupan yang lebih besar dalam perlombongan,, turun 14.4 peratus tahun ke tahun dan terendah tahun ini, membimbangkan kerana ini mungkin menjejaskan eksport dan momentum pertumbuhan memandangkan perlombongan menyumbang kira-kira tujuh peratus daripada ekonomi,” katanya. .
IHP September bagi pengeluaran tempatan merosot 2.4 peratus daripada bulan yang sama tahun lepas dan turun 1.9 peratus daripada Ogos.
Ringgit juga didagangkan lebih rendah berbanding mata wang utama yang lain.
Nota tempatan rendah berbanding dolar Singapura kepada 3.0461/0501 daripada 3.0415/0448 pada penutupan Selasa dan menyusut nilai berbanding yen kepada 3.8098/8132 daripada 3.7932/7966.
Ia rendah berbanding pound British kepada 5.3352/3399 daripada 5.3158/3213 dan lemah berbanding euro kepada 4.5700 / 5737 daripada 4.5679/5729
— BERNAMA