Ringgit dibuka rendah berbanding Dolar US

KUALA LUMPUR,. Ringgit dibuka rendah berbanding dolar US berikutan kekurangan pemangkin, kata peniaga.

Pada 9.05 pagi, unit tempatan berada pada 4.1930/1960 berbanding dolar US daripada 4.1910/1950 semasa ditutup semalam.

Ahli Strategi Pasaran Axi Trader Asia Pasifik Stephen Innes berkata tanpa pemangkin yang penting, mata wang Asia akan terus menjejaki yuan, yang kekal sebagai barometer global terbaik untuk risiko perang perdagangan.

“Walaupun pasaran cuba menjangka perubahan kedudukan pada minggu ini, mesyuarat perdagangan antara Amerika Syarikat dan China hampir mustahil pada peringkat ini.

“Dijangka risiko terus mempengaruhi aliran dagangan yuan,” katanya kepada Bernama.

Ringgit diniagakan kebanyakannya tinggi berbanding sekumpulan mata wang utama lain.

Ia rendah berbanding dolar Singapura kepada 3.0351/0377 daripada 3.0337/0374 semalam, bagaimanapun naik berbanding yen kepada 3.9048/9083 daripada 3.9238/9286.

Mata wang tempatan naik berbanding pound British kepada 5.1528/1569 daripada 5.1579/1636 dan meningkat berbanding euro kepada 4.5985/6022 daripada 4.5988/5040 sebelum ini.

— BERNAMA

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )