Ringgit dibuka rendah pada awal dagangan berbanding Dolar AS

Ringgit dibuka rendah pada awal dagangan berbanding Dolar AS

KUALA LUMPUR,. Ringgit kekal rendah berbanding dolar AS ketika dibuka pagi ini berikutan permintaan yang lemah.

Pada pukul 9 pagi ini, mata wang tempatan disebut harga pada 4.1530/1590 berbanding dolar AS daripada 4.1520/1550 ketika ditutup semalam.

Ketua Strategi Pasaran Global Axi, Stephen Innes berkata mata wang tempatan akan kekal dalam julat kecil di celah-celah persaingan yang ada.

“Bagaimanapun, pemulihan ekonomi China dilihat sebagai sesuatu yang baik oleh para pelabur dan ia turut menyokong ringgit.

Namun, Innes berkata permintaan untuk dolar menyekat pergerakan ringgit memandangkan Eropah masih lagi diselubungi dengan COVID-19.

Sementara itu, ringgit diniagakan bercampur-campur berbanding mata wang utama lain.

Ia jatuh berbanding dolar Singapura kepada 3.0530/0581 daripada 3.0520/0547 ketika ditutup semalam tetapi meningkat berbanding pound Britain kepada 5.3599/3684 daripada 5.3851/3907 sebelumnya.

Mata wang tempatan merosot berbanding euro kepada 4.8640/8723 daripada 4.8620/8672 pada Khamis dan agak rendah berbanding yen kepada 3.9425/9489 daripada 3.9423/9462 semalam.

— BERNAMA

CATEGORIES
TAGS
Share This