Ringgit dibuka rendah pada pagi

Ringgit dibuka rendah pada pagi

KUALA LUMPUR,. Ringgit yang mencatatkan kenaikan dua hari berturut-turut dibuka rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada pagi urus niaga Rabu berikutan kekurangan minat terhadap mata wang tempatan kerana sentimen pasaran kekal tidak menentu.

Pada 9.03 pagi, ringgit diniagakan pada paras 4.6620/6670 berbanding dolar AS berbanding 4.6505/6560 pada penutup Selasa.

Ketua Ekonomi dan Kewangan Sosial Bank Muamalat Malaysia Bhd, Mohd Afzanizam Abdul Rashid, berkata dolar AS terus pulih apabila minit terkini Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) menunjukkan Rizab Persekutuan AS (Fed) begitu berhati-hati dalam menjalankan dasar monetari walaupun ia kekal teguh dalam usaha memerangi inflasi.

Beliau berkata, mata wang utama seperti yen Jepun telah memperoleh momentum berbanding dolar AS berikutan kemungkinan perubahan dalam pendirian dasar monetari AS.

Hasil Perbendaharaan AS 10 tahun terus susut kepada sekitar 4.40 peratus, manakala kemungkinan penurunan kadar Dana Persekutuan pada Mei 2024 telah meningkat sedikit kepada 60 peratus daripada 57 peratus sebelum ini.

“Berdasarkan ini, ringgit diunjur menunjukkan prestasi yang lebih baik dalam tempoh terdekat dan bergerak stabil ke arah paras sokongan RM4.5778,” katanya kepada Bernama.

Pada awal dagangan, ringgit diniagakan kebanyakannya lebih rendah berbanding sekumpulan mata wang utama.

Nilai mata wang tempatan menyusut nilai berbanding euro pada 5.0909/0964 daripada 5.0895/0955 pada Selasa, rendah berbanding pound Britain pada 5.8480/8543 daripada 5.8271/8340 dan hampir tidak berubah berbanding yen Jepun pada 3.1447/1485 daripada 3.1467/1504.

Berbanding mata wang ASEAN yang lain, ringgit kebanyakannya bergerak rendah.

Ringgit menyusut nilai berbanding rupiah Indonesia pada 301.8/302.4 daripada 301.1/301.7, lemah berbanding dolar Singapura kepada 3.4838/4878 daripada 3.4775/4822 dan susut nilai berbanding baht Thai kepada 13.2511/2725 daripada 13.1989/2201 semalam.

Bagaimanapun, ringgit tidak berubah berbanding peso Filipina pada 8.40/8.41.

–BERNAMA

CATEGORIES
TAGS
Share This