Ringgit dibuka rendah sedikit berbanding dolar AS

KUALA LUMPUR,. Ringgit dibuka rendah sedikit berbanding dolar AS pagi ini, dengan pelabur menunggu pengumuman data ekonomi utama oleh Jabatan Perangkaan hari ini.

Pada 9 pagi, ringgit disebut harga pada 4.0690/0735 berbanding 4.0680/0710 pada penutupan Khamis.

Seorang penganalisis berkata petunjuk ekonomi tempatan yang kukuh diperlukan untuk menolak naik ringgit berbanding dolar AS, yang mengukuh hasil daripada data perumahan negara itu yang tinggi.

“Berdasarkan keyakinan tinggi ke atas perdagangan antara Amerika Syariakt dan China selepas pemeteraian perjanjian perdagangan fasa satu, sentimen perdagangan global semakin meningkat dan menolak naik dolar AS,” katanya.

Sementara itu, permintaan ke atas ringgit dijangkakan terus lemah berikutan cuti panjang sempena Tahun Baharu Cina.

Secara menyeluruh, ringgit didagangkan kebanyakannya tinggi berbanding mata wang utama yang lain.

Ringgit tinggi berbanding dolar Singapura kepada 3.0121/0165 daripada 3.0138/0171 pada Khamis namun menyusut berbanding yen Jepun kepada 3.7143/7194 daripada 3.7130/7171 semalam.

Mata wang tempatan juga tinggi berbanding euro kepada 4.4967/5033 daripada 4.5086/5135 dan juga tinggi berbanding pound Britain kepada 5.3369/3440 daripada 5.3413/3469 sebelumnya.

— BERNAMA

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )