Ringgit dibuka tinggi

KUALA LUMPUR,. Ringgit melantun semula hari ini untuk dibuka tinggi berbanding dolar US didorong minat baharu untuk aktiviti belian selepas penyedia indeks FTSE Russell semalam mengekalkan bon Malaysia dalam senarai pemerhatian.

Pada 9.03 pagi, mata wang tempatan disebut harga pada 4.1880/1920 berbanding dolar US daripada 4.1930/1980 semasa ditutup semalam.

FTSE Russell juga mengekalkan bon kerajaan luar pesisir China dalam senarai pemerhatian bagi kemungkinan dinaikkan taraf, yang akan membolehkan hutang China dimasukkan ke dalam Indeks Bon Kerajaan Dunia (WGBI).

Strategis pasaran Axicorp Asia Pacific Stephen Innes berkata mata wang yuan China akan terjejas oleh langkah FTSE Russel yang meminggirkan bon China daripada WGBI, yang mungkin akan mengekang peniaga daripada mengambil langkah berbeza bagi meredakan keadaan.

“Saya fikir ringgit akan terus diniagakan sebagai menebus sentimen terhadap Yuan,” katanya dalam nota hari ini.

Secara menyeluruh, ringgit diniagakan lebih tinggi berbanding mata wang utama.

Mata wang tempatan mengukuh berbanding euro kepada 4.5704/5764 daripada 4.5842/5914 dan naik berbanding pound Britain kepada 5.1617/1682 daripada 5.1658/1736 semalam.

Ringgit meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.0297/0337 daripada 3.0347/0392 dan juga naik berbanding yen kepada 3.8850/8894 daripada 3.8958/9011.

— BERNAMA

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )