Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS

KUALA LUMPUR,. Ringgit tinggi berbanding dolar AS pada sesi awal dagangan hari ini apabila sentimen pasaran terhadap unit tempatan menjadi lebih baik selepas Pertubuhan Negara-negara Pengeksport Petroleum + (OPEC+) memutuskan untuk mengurangkan pengeluaran minyak mentah kira-kira 10 juta tong sehari pada Mei dan Jun.

Pada pukul 9 pagi, ringgit berada pada 4.3150/3250 berbanding dolar AS daripada 4.3200/3280 ketika ditutup semalam.

Peniaga berkata perjanjian OPEC+ telah memberikan sedikit sokongan kepada harga minyak mentah daripada terus susut, sekali gus menyokong kestabilan ringgit.

“Harga minyak global yang lebih tinggi merupakan perkara positif bagi hasil minyak dan gas Malaysia,” katanya.

Minyak mentah Brent didagangkan 1.54 peratus lebih tinggi kepada US$32.16 setong manakala WTI Crude naik 1.47 peratus kepada US$22.74 setong.

Sementara itu, ringgit diniagakan bercampur-campur berbandung kumpulan mata wang utama.

Unit tempatan tinggi berbanding dolar Singapura kepada 3.0486/0568 daripada 3.0513/0582 ketika ditutup semalam serta meningkat berbanding euro kepada 4.7128/7246 daripada 4.7252/7344.

Ringgit lemah berbanding yen kepada 4.0099/0195 daripada 4.0011 / 0096 pada Isnin dan rendah berbanding pound Britain kepada 5.4054/4197 daripada 5.4026/4139.

— BERNAMA

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )