Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS

Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS

KUALA LUMPUR,. Ringgit dibuka tinggi pagi ini berbanding dolar AS selepas mata wang dolar AS mengalami penurunan berikutan kenaikan inflasi, kata seorang peniaga.

Pada jam 9.02 pagi, unit tempatan disebut harga pada 4.1150/1200, meningkat berbanding dolar AS daripada 4.1200/1220 pada penutupan Khamis.

Pedagang ActivTrades Dyogenes Rodrigues Diniz berkata data Tuntutan Pengangguran AS yang dikeluarkan pada Khamis menunjukkan kadar inflasi telah meningkat tetapi tidak setinggi seperti yang dibimbangi ramai adalah sebab utama mengapa dolar gagal memperoleh lebih banyak keuntungan berbanding ringgit.

“Purata data Tuntutan Pengangguran AS selama empat minggu telah disemak semula menjadi 405,000 tuntutan daripada 385,000, sementara keputusan minggu ini melepasi jangkaan 370,000 iaitu sebanyak 376,000 tuntutan

“Pasaran tenaga kerja AS belum pulih sepenuhnya dan Rizab Persekutuan tidak terikat untuk mengubah dasarnya sehinggalah jumlah pekerjaan kembali ke tahap pra-COVID-19,” katanya.

Sementara itu, mata wang tempatan diniagakan bercampur-campur berbanding mata wang utama yang lain.

Ringgit meningkat sedikit berbanding euro kepada 5.0108/0169 daripada penutupan urus niaga Khamis 5.0120/0144 dan tinggi berbanding yen kepada 3.7607/7657 daripada 3.7622/7640 semalam.

Unit tempatan itu bagaimanapun susut kepada 3.1094/1134 berbanding dolar Singapura daripada 3.1085/1102 sebelumnya dan lemah berbanding pound Britain kepada 5.8314/8385 daripada 5.8084/8112.

– Bernama

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )