Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS
KUALA LUMPUR,. Ringgit dibuka lebih tinggi berbanding dolar AS hari ini berikutan kebimbangan terhadap hasil bon US.
Pada 9.10 pagi, ringgit disebut harga pada 4.1380/1420 berbanding dolar AS daripada 4.1421/1450 pada Isnin.
Ahli Strategi Pasaran Axi Trader Asia-Pasifik Stephen Innes berkata berikutan keyakinan tinggi ke atas kadar AS, dolar AS berhadapan risiko akibat ledakan dalam hasil bon AS yang terlalu jauh berbanding realiti ekonomi sebenar.
“Oleh itu, ia boleh menurunkan kadarnya yang seterusnya meningkatkan semula ekuiti global yang lemah. Kitaran ini boleh menjejaskan dolar AS dan meningkatkan sentimen ke atas emas,” katanya.
Ringgit didagangkan kebanyakannya lebih tinggi berbanding mata wang utama yang lain.
Nota tempatan tinggi berbanding dolar Singapura kepada 3.0418/0449 daripada 3.0425 / 0451 pada penutupan Isnin dan meningkat berbanding yen kepada 3.7901/7944 daripada 3.8008/8045.
Ia lemah berbanding pound Britain kepada 5.3211/3287 daripada 5.3023/3077 namun tinggi berbanding euro kepada 4.5650/5703 daripada 4.5679/5728.
— BERNAMA