Ringgit dibuka tinggi berbanding Dolar AS

Ringgit dibuka tinggi berbanding Dolar AS

KUALA LUMPUR,. Ringgit dibuka agak tinggi pagi ini berbanding dolar AS walaupun sentimen pasaran lemah berikutan jangkaan langkah pengetatan monetari yang lebih agresif oleh Rizab Persekutuan (Fed) Amerika Syarikat, yang pasti akan menjejaskan ekonomi, kata seorang peniaga.

Pada jam 9 pagi, mata wang tempatan didagangkan pada 4.3970/4015 berbanding dolar AS daripada penutup semalaman pada 4.3985/4015.

Ketua Ekonomi Bank Islam Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata perbincangan tentang kemungkinan kemelesetan juga akan menjadikan peserta pasaran terus bersifat bertahan dan ini akan menjuruskan kepada permintaan yang lebih tinggi untuk mata wang yang lebih selamat.

“Ringgit dijangka kekal dalam julat ketat tanpa kehadiran petunjuk baharu ketika pasaran AS ditutup malam tadi.

“Ringgit berbanding dolar Singapura menyaksikan pergerakan ketara dengan dolar Singapura ditutup pada RM3.1736 semalam selepas berlegar sekitar RM3.20 pada awal bulan Jun,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi Fed Jerome Powell telah membayangkan kenaikan kadar 50 hingga 75 mata asas pada mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) seterusnya, yang akan diadakan pada 26 dan 27 Julai.

Dalam pada itu, nilai ringgit diniagakan kebanyakannya tinggi berbanding mata wang utama yang lain.

Nilai unit tempatan itu meningkat berbanding euro kepada 4.6314/6361 daripada penutup semalam pada 4.6325/6357, mengukuh berbanding dolar Singapura kepada 3.1711/1748 daripada 3.1717/1743 dan lebih tinggi berbanding yen Jepun kepada 3.2553/2592 daripada 3.2627/2652.

Bagaimanapun, ringgit menyusut nilai berbanding pound Britain kepada 5.3951/4006 daripada 5.3864/3901 sebelum ini.

— Bernama

CATEGORIES
TAGS
Share This