Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar US

Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar US

KUALA LUMPUR,. Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar US pagi ini, didorong oleh minat belian baharu ke atas mata wang tempatan, kata peniaga.

Pada 9 pagi, ringgit didagangkan pada 4.1385/1425 berbanding dolar US daripada 4.1400/1440 pada penutupan semalam.

Beliau berkata harga minyak yang bergerak menghampiri paras tertinggi dalam tempoh tiga bulan, susulan kurangnya inventori minyak mentah US, turut mengangkat ringgit pada pembukaan hari ini.

Harga penanda aras minyak mentah Brent mencatatkan US$66.54 setan, meningkat buat hari keenam berturut-turut, manakala minyak mentah US WTI mencatatkan US$61.22 setong.

Sementara itu, ringgit didagangkan kebanyakannya tinggi berbanding sekumpulan mata wang utama yang lain.

Ringgit tinggi berbanding dolar Singapura kepada 3.0538/0576 daripada 3.0542/0581 pada Khamis, mengukuh berbanding pound British kepada 5.3838/3894 daripada 5.4251/4320 dan meningkat berbanding euro kepada 4.6012/6073 daripada 4.6099/6156.

Unit tempatan bagaimanapun rendah berbanding yen Jepun kepada 3.7843/7890 daripada 3.7788/7827 sebelumnya.

— BERNAMA

CATEGORIES
TAGS
Share This