Ringgit dibuka tinggi didorong permintaan lebih baik

Ringgit dibuka tinggi didorong permintaan lebih baik

KUALA LUMPUR,. Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) semasa awal dagangan hari ini, didorong permintaan lebih baik terhadap unit tempatan di tengah-tengah data ekonomi AS semalaman yang tidak menggalakkan.

Pada 9 pagi, ringgit diniagakan pada 4.1580/1630 berbanding dolar AS daripada 4.1590/1630 ketika ditutup semalam.

Ketua Pakar Strategi Pasaran Asia AxiTrader, Stephen Innes berkata dagangan ekuiti minggu ini bermula lemah, sementara S&P500 turun 0.2 peratus sebelum ditutup selain prestasi penurunan yang sama dialami di Eropah.

Dalam pada itu, hasil perbendaharaan 10 tahun AS mengalami penyusutan manakala harga minyak mentah ditutup rendah dalam dagangan New York.

“Berdasarkan begitu banyak peristiwa yang membawa risiko minggu ini termasuk mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Rizab Persekutuan serta tarif AS ke atas barangan China pada 15 Dis, ringgit dilihat lebih selesa untuk mempengaruhi pergerakan mata wang serantau berpandukan yuan,” katanya kepada Bernama.

Ringgit diniagakan tinggi berbanding kumpulan mata wang utama.

Unit tempatan meningkat kepada 4.6000/6059 daripada 4.6015/6076 ketika ditutup semalam dan tinggi berbanding dolar Singapura kepada 3.0569/0610 daripada 3.0581/0615.

Ringgit stabil berbanding yen kepada 3.8273/8330 daripada 3.8328/8372 semalam dan naik berbanding pound British kepada 5.4640/4727 daripada 5.4703/4773.

— BERNAMA

CATEGORIES
TAGS
Share This